Tuesday, 28 November 2017

Haidan 28th Nov - Kata Nafi, Ayat Pasif dan Aktif

Hello,

Hari ini saya belajar tentang kata nafi dan ayat aktif - pasif.

Ini contoh kata nafi:


  1. bukan
  2. tidak
Ini contoh ayat kata nafi:

  1. Saya bukanlah seorang yang sihat.
  2. Saya tidak suka Hadiya.
Untuk topik kedua, saya sempat belajar tentang ayat aktif dan pasif. Ayat aktif menunjukkan orang yang melakukan sebelum objek. Misalnya:

  1. Saya bermain catur dengan Hadiya. (Haidan menang)
Manakala, kalau ayat di atas jadi pasif, objek yang disebut dahulu. Misalnya:

  1.  Catur dimain oleh saya dengan Hadiya. (Masih lagi saya yang menang) 
Bila kita akan gunakan ayat pasif?

Bila orang bertanya kita. Contoh nya:

Haidan: Siapa yang patahkan batang hoki padang saya?

Hadiya: Batang hoki hoki dipatahkan oleh saya.



Topik ni senang saaaangaaaatt.


Tuesday, 21 November 2017

Mesej Kepada Adam Dzamer

Apa Khabar Adam?

Haidan ni. Betul lah, kita sudah lama tidak bersembang. Wow! Kamu berlatih dalam pertandingan berlari, saya bukanlah seorang yang lari laju kerana badan saya besar. Tapi dalam Hoki Ais, saya memang terer. Jomlah lawan saya?

Oh, saya ada masuk kem hoki ais dalam masa dua minggu lagi. Sekarang, saya hanya berlatih dengan pasukan saya. Nama pasukan saya ialah Rimau Ice Hockey Club. Kem ni diadakan di Sunway dan IOI. Adam boleh tengok kalau sudi. Bawa jaket ya?

Image resultTentang VR, saya sangat tertarik dengan HTC Vive. Konsol ini ada visor, pembesar suara dan pengawal tangan. Kita boleh sambungkan peranti (device) kepada komputer. Kamu tahu tentang peranti ni? artis AwakPaip menggunakan HTC Vive ini untuk permainan video pun.

Sekarang. saya sedang baca sebuah buku yang bertajuk "Lord Of The Flies". Buku ni memang best! Buku apa yang kamu sedang baca sekarang?

Saya tunggu bersembang dengan awak lagi!\

Haidan

Image result

Sunday, 19 November 2017

Surat kepada Haidan - Adam 19 November

Hai, Haidan.

Dah lama tak bersembang, saya sekarang tengah berlatih untuk hari sukan sekolah.
Saya bertanding dalam acara lumba lari (200m,4x100 balapan)

       Kamu ada masuk dlm apa-apa pertandingan ?
  
Oh, saya ingat apa kamu tulis kepada saya. Ok , tentang VR , saya selalu nak cuba
VR kerana ada banyak permainan video yang amat seronk untuk main. Kamu tahu tak
ada juga yang kamu boleh masuk dalam cerita dalam buku atau movie.bess tau

NANTI AWAK PULAK BAGI TAU SAYA APA YANG KAMU TAHU PASAL VR

Saturday, 18 November 2017

Diftong - Iman 19 November 2017

Hai, semua. Saya pernah belajar diftong. Contoh diftong:

(1) "au" Contohnya, "daun"
(2) "ai", contohnya "inai"
(3) "ua" contohnya "keluar"

Contoh perkataan lain yang ada diftong:
1. Misai
2. Dua
3. Tua
4. Air
5. Kedai

Contoh cerita:

Adik ke pasar. Dia berjumpa dengan dua orang tua. Seorang ada misai manakalan seorang lagi pergi ke tandas. Saya membeli air sirap di kedai. Semasa saya tengok ke belakang, orang tua yang  bermisai tiba-tiba terpotong misainya. Seorang lagi Pak Cik kelihatan sedang memegang pisau dan saya terfikir, "Siapakah yang memotong misai pak cik itu tadi ... 




Tuesday, 14 November 2017

Kata Seru - Hadiya 14.11.2017


Apa Kata Seru?
Kata Seru, yang saya ingat, ialah kata-kata yang menunjukka emosi kita. 
     
     Contoh:

  • Cis!
  • Wah!
  • Eh!
  • Oh!
  • Amboi!
  • Aduh!
  • Aduhai!
  • Nah!
  • Jom!
Contoh Ayat

Hokusai: "Eh, Lama tak jumpa lah, Sakura!"

Sakura: "Wah, tinggi awak sekarang!"

Hokusai: "Amboi, makin bergaya nampak!"

*Mereka berdua ternampak seorang pencuri lelaki di seberang jalan*

Hokusai: "Jom, tengok apa terjadi!"

*Hokusai cupa berlawan dengan pencuri itu, tetapi Sakura takut*

Sakura: "Hati hati"
Related image
Hokusai: "Nah, ambik kau!"

Pencuri: "Oh, berani nak lawan?"

*Pencuri berjaya tumbuk Hokusai di perut*

Hokusai: "Aduh, sakit lah!"

Sakura: "Cis, ada hati nak curi beg ni?"

*Cerita habis tapi saya tak patut ceritalah apa jadi selepas itu*









Tuesday, 7 November 2017

Simpulan Bahasa Bosan - Haidan 14th November

Hari itu saya belajar tentang simpulan bahasa, makna dan teori saya tentangnya. Saya berfikir simpulan bahasa ialah agak menyoronokkan dialog dan buat saya kreativ. Simpulan bahasa kegemaran saya ialah Buruk Siku.

Simpulan Bahasa:
Image result for kaki bangku1. Anak Emas
2. Buah Tangan
3. Buruk Siku
4. Berat Hati
5. Mulut Besar
6. Hidung Tinggi
7. Hati Batu
8. Kaki Ayam
9. Kaki Bangku
10. Muka Tembok

Kenapa Namanya Macam Tu?:

Anak Emas - Kita pandang emas macam suatu yang berharga. Kalau seseorang yang paling disayangi, dia melayan anak itu macam emas.

Buah Tangan - Dunia ini ada buah epal, buah durian dan buah tangan. Teori saya ialah tangan kita jadi macam buah. Tangan kita yang memberi haidah dan kemanisan.

Kaki Ayam - Dalam kampung, mestilah ada ayam. Ayam ni tak ada kasut, tapi masih boleh lari.

Hidung Tinggi - Kalau engkau mahu berlagak, muka akan mendongak, yang menunjukkan seolah-olah macam kita ada benda lain untuk dibuat.

Kaki Bangku - Bila kita duduk sahaja di bangku, kita tengok sahaja orang lain main bola, ini menenjukkan bahawa kita tak pandai main bola.


Thursday, 10 August 2017

Kembali

Semalam mungkin, hari yang baik. Walaupun sebenarnya jadual sejak Ahad lepas memang padat (rushing memandu ke sana ke mari), tetapi entah kenapa, semalam adalah permulaan waktu yang baik untuk aku. 

Selepas telefon Anis dan berborak tentang diri, cita-cita dan buku (aku petik buku Cheng, How to Bake a Pi dan buku How Not to Be Wrong?), aku rasa macam jumpa diri sendiri. Hari ini, habis kelas Adam Amir untuk ganti kelas Rabu lepas, aku dapat rasa hari ini adalah lanjutan hari yang baik semalam. 

Aku bangun siapkan bahan untuk Kelas Damansara Uptown (dengan kakak-kakak Wondermilk) dengan memikirkan apa yang sepatutnya kami kenal tentang Qur'an lagi. Tajweed (mencantikkan bacaan, dengan makhraj dan panjang pendek yang betul) memang langkah yang baik, tetapi apa yang sepatutnya disekalikan dalam perbincangan kami? 

Aku pun cuba cari bahan-bahan yang sesuai di Google - belek buku Gai Eaton, cuba baca semula Prolegomena Prof. al-Attas, dan cuba bayangkan bagaimana bahan itu apabila dibaca oleh mereka. Akhirnya aku cetak beberapa muka yang aku rasakan relevan untuk dibaca sekarang, dalam immediate need mereka. Aku cuma terfikir betapa melalui sesi ini, kita harus jadi lebih baik lagi dan aku fikir, mereka patut dekati worldview of Islam secara perlahan. 

Daripada mana aku cuba pandang kelas kami dengan topik worldview of Islam ini? Tidak cukupkah sekadar belajar tajweed dan baguskan bacaan (serta kami pun rancang buat kelas Bahasa Arab juga). 

Aku jadi teringat apa Gai sebutkan dalam pendahuluan bukunya Islam and the Destiny of Man (tengok bawah). Dia ujarkan bahawa Muslim-nya dia membawa juga biasness sebagai warga Eropah - lalu, apa yang kita diperkaya dengan Islam dalam hidup kita? 
The Western Muslim does not change his identity, though he changes his direction. He is dyed with the colour characteristic of the culture into which he was born and which formed him; he asks the questions which this culture asks; he retains a sense of tragedy and of the world's ambiguity, with which the European tradition is imbued but which is strange to the traditional Muslim, and he is still haunted by the ghosts of Europe's past. Ancestral voices familiar to his kind are not silenced, but he has distanced himself from them.  
Al-Fatihah untuk Gai Eaton. [1]

Bercakap tentang 'biasness' ini (atau apa yang kita bawa dalam diri kita dalam proses Islamisasi ini), aku jadi terkenang hasrat sendiri yang teringin mengenali orang Yahudi. Ya, the Jews. Aku jadi teringat yang aku pernah baca dulu, Islam and the Problem of Israel karya al-Faruqi, Diary of A Young Girl oleh Anne Frank, filem Hannah Arendt (yang dalamnya ada sisipan video Eichmann), Revenge oleh Laura Blumenfeld (yang aku tahu tajuknya daripada Luthfi), filem A Boy in the Striped Pyjama dan In the Darkness (filem tentang bagaimana dua orang Poland menyelamatkan orang Yahudi dengan menyembunyikan mereka di dalam kolong najis selama dua tahun daripada Nazi) .... mungkin banyak lagi yang aku tak ingat sekarang. Aku belum pun penuhi cita-cita kecil ini - kronologi hidup kaum Yahudi ni, baru aku dekati sebahagian sahaja. Sejauh mana sense of tragedy berakar dalam hidup mereka - adakah mereka juga ada pandangan tentang hidup seperti orang Korea dengan pandangan Han?

Ini membuatkan aku teringat apa kak Fauziana ujarkan semasa pertemuan kami minggu lepas - tentang nafi dan isbat. Dalam la ilaaha illa Allah itu ada kedua-duanya: kita dengan yakin menafi yang selainnya dan menetapkan yang sebetulnya. Both are needed - tak dapatlah kita sekadar meyakini sesuatu tanpa sebenarnya kenal apa yang kita tolak, nafikan itu. 

Apa kaitannya dengan cerita pasal Yahudi ni? Aku jadi terkenang, dulu, dengan melalui pembacaan dan renungan (perlahan) tentang mereka lah, aku juga menemui dan mengenali diri ini lagi. Barangkali, melalui penderitaan kaum Yahudi (dan sebahagiannya atas 'ihsan' media juga yang menjadikan Holocaust itu suatu perkara sensitif), aku jadi belajar bagaimana agama Yahudi yang berkongsi rumpun sejarah dengan Islam ini, menganjal atau berubah. Aku jadi teringat juga, bagaimana awal dulu aku terbuka untuk membaca lebih (semuanya bermula selepas SPM), dengan aku mengenali sosok seperti Ahmad Wahib, Dina Zaman, Kassim Ahmad melalui buku-buku mereka - bagaimana sosok yang agak 'panas' seperti mereka membuatkan aku nampak beberapa sisi bagaimana dunia ini beroperasi (dan melaluinya Islam dimanifestasi). It is not just a simple black and white. 

Namun, adakah dunia ini (apalagi topik perbincangan kita, agama dan worldview) adalah relatif? Lalu, aku terbawa kepada persoalan berikut, pagi tadi: 
Ada seekor gajah besar yang dibawa menghadap tujuh orang buta. Setiap orang daripada mereka memegang bahagian badan haiwan itu, berbeza. Yang memegang ekornya, disebutlah bahawa objek di depannya itu adalah getah paip, manakala yang memegang bahagian bawah perutnya mengatakan bahawa objek itu adalah satu kuali leper besar. Ada juga yang menyangka objek itu kipas automatik (kipas gajah yang bergerak-gerak) dan ada pula yang meneka kulit yang sedang dikeringkan. 
Apa yang silapnya dalam situasi ini - yang selalu juga orang gunakan sebagai hujah bahawa ilmu itu relatif? 

Pertamanya, orang buta itu sendiri ternyata bukan saluran yang betul untuk menerangkan apa itu gajah. Seperti mana orang yang tidak pernah merasa gula (walaupun macam tiada orang yang sebegini agaknya di dunia), orang itu silap jika dijadikan kita untuk kenal gula. 

Lalu adakah silap diciptakan orang buta - jadi bagaimana orang buta ingin kenal gajah? Mereka itu harus belajar kenal gajah daripada orang yang pernah nampak gajah juga. Sesuatu benda dapat dikenali melalui caranya - seperti mana elektrik tidak akan ditemui jika menggunakan teknik mencari magnet. 

Jua, tidak pula sebetulnya semua perkara itu relatif. Perbahasan kebenaran itu relatif, banyak sebenarnya dipengaruhi cara kita menanggapi situasi sosial, ekonomi dan politik kita - yang mana memang cenderung agak relatif pada mata awam (tetapi kekal jelas pada yang bisa membacanya dengan mendalam).[2] Hal yang jelas dan dapat secara asasnya difahami dengan akal, itu sudah baik meskipun ada antara manusia yang barangkali buta, bisu atau pekak. Bahkan, orang yang mempunyai keupayaan berbeza pun ada kewajipan yang berbeza daripada kita - orang yang mempunyai konflik seksualiti misalnya dalam diri, masih boleh bermula dengan memahami tonggak ilmu tentang Tuhan dengan baik, meski mungkin dia akan ada banyak persoalan apabila masuk bab tentang tabii manusia - tetapi sekurangnya, topik asas tentang Tuhan itu sudah dijelaskan dulu (dan daripadanya, baru boleh dibina perbahasan selanjutnya e.g. tentang tabii manusia). 

Sebab itu, agak menarik memetik apa Prof. al-Attas tuliskan dalam Prolegomena: 
So let us not dissipate our energies in attempting to find the way out by groping in the labyrinths of legalism, but concentrate them instead by grappling the main problem, which is bound up intimately with the correct understanding and appreciation of religion and the worldview projected by it, because that directly concerns man, his knowledge and purpose in life, his ultimate destiny. 
Kenapa cakap pasal ini semua dalam kelas belajar Tajweed? Aku hendak nampakkan bahawa sebagaimana aku dapat kait beberapa hal (yang awalnya nampak tidak berkait) di bawah untuk satu bumbung. Ultimately, sebenarnya yang datang ke kelas itu adalah diri kita - kita yang pada asasnya nafs-al-natiqah - bukannya, pelajar kelas Tajweed, atau pekerja di sebuah syarikat sahaja, atau sekadar seorang ibu. Jika baik jiwa yang paling asas itu, maka barulah baik jua kita sebagai pekerja di sebuah syarikat, sebagai ibu, sebagai anak dan yang lain-lain itu. 

Aku juga fikir, aku mahu mereka juga rasa pengalaman 'terbuka' itu di mana kita diberi freedom iaitu hak membuat pilihan yang lebih baik. Kita boleh membaca apa pun, bekerja dan berinteraksi dengan sesiapapun, dan kembali relate dengan sesuatu yang lebih besar. 

Dan itulah worldview of Islam. 


Ra-Stein.
11 Ogos 2017.
KFC Kota Damansara. 

Catatan tambahan:

[1] Gambar-gambar Gai Eaton boleh ditatap di http://www.gaieaton.com/photos/. 

[2] Bahkan dalam perbahasan yang 'relatif' ini, jika ditelusur ke akarnya, meski dalam kompleksiti, bolehlah kita simpulkan adanya ground yang sebenarnya jitu yang membangunkan pandangan yang dilihat relatif itu. Misalnya, relativisme mempunyai premis asas yang dikongsi, misalnya tiada autoriti yang satu untuk mengenali sesuatu <- premis ini tidak relatif dalam relativisme tetapi daripada premis ini, lahirnya relativisme (ideologi yang mengangkat kata adjektif 'relatif' sebagai prinsip utama). 

Perbahasan relativisme (bahkan kebanyakan ideologi lain juga) dapat diterangi dengan kita cuba memahami kaitan realiti dan ontological and cosmological order. Ini mungkin belum dapat dibahas di sini. Namun, sebagai takah awal, wajar dimulakan bahawa haqiqat itu merujuk kepada dua hal sekaligus iaitu realiti dan kebenaran. Sesuatu yang not real adalah jua tidak benar. Daripada sini, bolehlah difikirkan berkaitan dengan kegelapan dan kebatilan. (We'll see how this goes first). 

Siapa yang mula-mula datang ke Malaysia?

Orang yang mula-mula datang ke tanah Melayu ialah Parameswara. Baginda datang dari kerajaan Srivijaya yang lari dari serangan Majapahit....