Tuesday, 21 November 2017

Mesej Kepada Adam Dzamer

Apa Khabar Adam?

Haidan ni. Betul lah, kita sudah lama tidak bersembang. Wow! Kamu berlatih dalam pertandingan berlari, saya bukanlah seorang yang lari laju kerana badan saya besar. Tapi dalam Hoki Ais, saya memang terer. Jomlah lawan saya?

Oh, saya ada masuk kem hoki ais dalam masa dua minggu lagi. Sekarang, saya hanya berlatih dengan pasukan saya. Nama pasukan saya ialah Rimau Ice Hockey Club. Kem ni diadakan di Sunway dan IOI. Adam boleh tengok kalau sudi. Bawa jaket ya?

Image resultTentang VR, saya sangat tertarik dengan HTC Vive. Konsol ini ada visor, pembesar suara dan pengawal tangan. Kita boleh sambungkan peranti (device) kepada komputer. Kamu tahu tentang peranti ni? artis AwakPaip menggunakan HTC Vive ini untuk permainan video pun.

Sekarang. saya sedang baca sebuah buku yang bertajuk "Lord Of The Flies". Buku ni memang best! Buku apa yang kamu sedang baca sekarang?

Saya tunggu bersembang dengan awak lagi!\

Haidan

Image result

No comments:

Post a Comment

Siapa yang mula-mula datang ke Malaysia?

Orang yang mula-mula datang ke tanah Melayu ialah Parameswara. Baginda datang dari kerajaan Srivijaya yang lari dari serangan Majapahit....