Nama saya Haidan Safiy, saya berumur 14 tahun. Kami berbincang sifar sampah dalam kelas.
Adakah sifar sampah sebegitu berkesan seperti yang diperkatakan?
Ada banyak kumpulan yang melakukan advokasi "sifar sampah" di Malaysia (hususnya di bandar). Saya ada baca tentang "Zero Waste Malaysia Public Group" di Facebook, saya dapat melihat cara-cara sesetengah orang melaksanakan Zero Waste dalam hidup mereka. Contohnya, ada gerakan macam "Tak Nak Straw" dan "Sampah Menyampah"
Ahli dalam kumpulan itu menunjukkan bagaimana kita boleh mengurangkan sampah. Sehingga sekecil-kecil benda, seperti:
- Membawa straw sendiri setiap kali hendak minum.
- Membawa cawan, sudu garpu dan bekas sendiri ke restoran luar.
- Menjual barang terpakai, bukan dibuang.
- Mengumpul sisa dapur sebagai komposit.
- Menggunakan bahan yang mudah terurai atau mesra alam.
- Membawa beg beli belah sendiri.
Di Selangor, kerajaan meletakkan cas 20 cen untuk bayar beg plastik di kedai-kedai sebagai cara mengurangkan beg plastik yang terbuang merata-rata.
Namun, adakah ini cara yang terbaik dan menyeluruh?
Saya berpandangan yang usaha-usaha ini adalah baik, kerana kalah kita banyak sangat guna beg plastik, kita berterusan menambah sampah, dan kita juga sesuka hati meneruskannya. Berdasarkan Utusan Online, Malaysia menghasilkan 13.5jutan tan sampah setahun, sekitar 3699 tan sampah sehari.
Ini adalah sebahagian daripada masalah sampah di Malaysia.
No comments:
Post a Comment