Baginda datang dari kerajaan Srivijaya yang lari dari serangan Majapahit. Daripada Temasik, Baginda singgah ke Muar, tetapi Muar didapati tidak sesuai. Baginda telah meneruskan perjalanan ke utara dan tiba di Melaka.
Di Melaka, ada Orang Laut yang memang tinggal di sisian pantai. Mereka membantu Parameswara membangunkan tempat mereka itu. Mereka mula tanam pisang, tebu dan keladi untuk makan.
Melaka juga tempat terkenal untuk perdagangan. Ada orang yang kata bahawa nama 'Melaka' adalah dari perkataan 'Malakat' yang bermaksud kumpulan pedagang.
Melaka kemudiannya berkembang dengan disertai sebahagian Selangor, Batu Pahat, Kampar dan Pahang. Di zaman ini, tiada istilah Malaysia lagi kerana hanya selepas penjajahan berlaku, barulah Melaka dan kerajaan-kerajaan lain seperti Selangor, Johor dan Perak, jatuh dan disatukan dibawah satu pemerintahan.
to be continued........

