Monday, 1 May 2017

Macam mana lah kita boleh jumpa elektrik?

Tulisan asal: Isaac Asimov

1.  Tulisan di bawah adalah terjemahan kasar daripada bab satu buku How We Found Out about Electricity oleh Isaac Asimov yang diguna dalam kelas Bahasa Melayu bersama Haidan. 


Diambil daripada artikel 'Where Did it All Start? A Chronological History of the Development of Radio to the Start of Broadcasting'  di laman sesawang clarkmasts.net.au

Cerita tentang elektrik ini bermula lama dahulu – dua ribu lima ratus tahun yang dulu, dekat dengan kawasan pesisir pantai Barat yang sekarang kita panggil Turki. Di situ, dulu ada suatu tempat bernama Magnesia. Penduduk di situ bercakap Greek. Dekat dengan kawasan bandar, ada seorang budak pengembala kambing yang sedang memerhatikan kambing-kambingnya. Cerita bermula apabila si budak itu menggunakan sebatang tongkat yang ada hujung besi untuk mendaki tempat yang berbatu-batan.

Suatu hari, dia tersentuh bucu seketul batu di situ dan hendak dijadikan cerita, tongkat itu melekat sedikit di situ. Eh, adakah batu di situ ada sesuatu yang melekat di atasnya? Dia pun merasa batu itu dengan jarinya, tetapi tiada apa-apa pula yang melekit di atasnya. Tiada apa-apa yang lain, selain hujung besi tongkatnya yang melekat  di situ. Nampaknya, batu itu menarik benda besi dan tidak pula menarik benda lain.

Thales, seorang pandai di zaman itu, memanggil batu itu ‘batu magnetik’ sempena nama tempat itu Magnesia. Kita hari ini memanggilnya ‘magnet’. [Orang Melayu memanggilnya ‘besi berani’]. Thales hairan, bagaimana seketul batu yang bukannya hidup pun boleh menarik dan melekatkan benda ke badannya. Batu itu, yang membuatnya lebih pelik, hanya menarik benda besi sahaja. Adakah benda lain (rumput, atau air atau kaki kuda) mempunyai kebolehan aneh macam ini? Dia pun bangun dan cuba ibjek lain. Salah satunya, dia cuba sejenis bahan berkaca berwarna emas. Kita hari ini memanggilnya ‘ambar’ [orang Putih memanggilnya, ‘amber’] tetapi masa zaman Greek itu, mereka panggil ‘elektron’.

Namun, ambar tidaklah pula boleh menarik besi. Thales mendapati ambar ini ada bau yang sedap dan bau ini menjadi semakin kuat kalau ia digeser dengan jari. Thales agaknya menggosok-gosok ambar itu dan perasan bahawa selepas digosok, ia juga boleh menarik benda! Lagi menakjubkan, banyak pula yang ambar itu boleh tarik – bulu-bulu halus, benang, bulu pelepah dan cebis kayu halus. Ini langsung bukan gaya macam magnet tadi. Ambar yang digosok tidaklah pula jadi macam magnet.

Thales tidak dapat menjawab soalan ini – mengapa ia boleh berlaku – tetapi apa yang dia telah buat, semuanya dia tuliskan di satu tempat. Nanti, fikirnya, mungkin ada orang lain akan baca dan fikirkan tentang eksperimennya.

Sebenarnya, batu magnetik seperti budak pengembala itu temui adalah berguna. Jika ada satu jarum besi tertarik dan melekat di batu magnetik itu, jarum itu pun boleh jadi magnet juga! Jarum itu kemudian, pun boleh menarik benda besi lain. Jika jarum bermagnet itu terapung di atas gabus dalam air atau kemudian jadi pin, ia akan berputar dan hujungnya akan menunjuk ke arah utara. [Negeri Perlis terletak di utara, Johor pula di selatan]. Kelasi akan menggunakan jarum terapung ini untuk memberitahu arah sewaktu mereka berlayar atas kapal, jika mereka tidak nampak kawasan darat.

Jarum bermagnet yang menunjuk ke arah utara ini, dipanggil kompas. Masa tahun 1400 sebelum Masihi, orang Eropah yang berlayar merentas lautan dan meneroka benua baru, menggunakan kompas ini. Agak susah untuk Christopher Columbus untuk sampai ke Amerika pada tahun empat belas sembilan puluh dua jika dia tiada kompas dalam kapalnya!

Namun, macam mana dengan ambar yang digosok itu? Nampak macam tidak berguna sahaja dan berapa kerat oranglah yang peduli.

Dalam tahun lima belas tujuh puluh, seorang lelaki Inggeris bernama William Gilbert mula mengerjakan magnet. Dia juga tertanya tentang ambar, seperti Thales. Agaknya, mengapa ambar boleh menarik benda selepas digosok? Apa yang istimewa tentang ambar ini?

Satu hal mengenai ambar ini, warnanya cantik dan biasanya, orang akan gunakannya sebagai barang kemas (oh, ya! Perempuan suka barang kemas!) Jadi Gilbert terfikir, adakah barang kemas lain juga boleh menarik benda apabila digosok? Gilbert pun cuba menggosok barang kemas yang dia ada [bayangkanlah lelaki yang cuba menggosok-gosok barang kemas kerana ingin tahu sifat ambar ini!] dan mendapati mereka juga boleh menarik benda kecil, halus jika digosok. Berlian, jed dan benda-benda kilat seperti ambar, misalnya. Yang berbatu tajam, berbucu, pun boleh juga sesetengahnya.

Gilbert tahu yang ambar dipanggil ‘elektron’ oleh orang Greek dan ‘elektrum’ dalam bahasa Latin. Lalu, dia pun memanggil objek yang ada ciri atau ‘perangai’ macam ambar ini, selepas digosok, sebagai ‘elektrik’. Dia gunakan perkataan itu untuk semua benda yang macam ambar.

Namun, tarikan itu sendiri apakah namanya? Apa yang kita patut panggil kuasa aneh yang boleh menyebabkan kertas skrap kecil boleh melekat pada ambar getah? Sekitar tahun enam belas lima puluh, seorang lagi jejaka Inggeris muncul. Namanya, Walter Charleton. Dia memberi nama kepada kuasa itu sebagai electricity.  

Siapa yang mula-mula datang ke Malaysia?

Orang yang mula-mula datang ke tanah Melayu ialah Parameswara. Baginda datang dari kerajaan Srivijaya yang lari dari serangan Majapahit....